Bahagian Undang-Undang
Bahagian Undang-Undang universiti bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat perundangan kepada pihak pengurusan, fakulti dan jabatan bagi memastikan semua urusan universiti mematuhi undang-undang, peraturan serta dasar yang berkuat kuasa. Bahagian ini turut menjalankan semakan dan penyediaan dokumen perundangan seperti kontrak, perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen rasmi lain bagi melindungi kepentingan universiti.
Selain itu, Bahagian Undang-Undang mengurus dan menyelaras hal ehwal litigasi, tuntutan serta isu perundangan yang melibatkan universiti, termasuk berurusan dengan pihak luar seperti peguam, agensi kerajaan dan badan berkaitan. Bahagian ini juga berperanan dalam memperkukuh tadbir urus, pematuhan peraturan dan pengurusan risiko, serta memberikan pandangan undang-undang bagi menyokong keputusan strategik dan kelangsungan operasi universiti.

(Bersara)Penasihat Undang-Undang
