Jabatan Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan merupakan salah satu jabatan di bawah Fakulti Kejuruteraan yang berperanan dalam melahirkan graduan profesional dan kompeten dalam bidang aeronautik serta penerbangan. Jabatan ini mengendalikan Program Sarjana Muda Penerbangan (2u1i), iaitu program dwi-kelayakan pertama dalam bidang penerbangan di Malaysia yang menawarkan graduan kedua-dua kelayakan akademik ijazah sarjana muda dan lesen juruterbang profesional dalam tempoh tiga (3) tahun pengajian.
Program ini dilaksanakan sepenuhnya di International Aero Training Academy (IATAC), Melaka melalui kerjasama strategik bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sepanjang tempoh pengajian, pelajar mengikuti kursus akademik yang dikendalikan oleh pensyarah UPNM di samping menjalani modul ground school yang diluluskan oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) bersama tenaga pengajar IATAC. Pada tahun akhir pengajian, pelajar akan menjalani fasa latihan penerbangan bersama jurulatih penerbangan bertauliah bagi memenuhi syarat pelesenan profesional. Pendekatan bersepadu ini memastikan graduan yang dihasilkan mempunyai keseimbangan antara pengetahuan akademik dan kemahiran profesional serta bersedia untuk memenuhi keperluan industri penerbangan.
Jabatan Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan mempunyai seramai tujuh (7) orang staf yang terdiri daripada lima (5) staf akademik, seorang staf pentadbiran dan seorang jurutera. Struktur organisasi jabatan ini menyokong pelaksanaan program akademik, latihan profesional, penyelidikan serta pembangunan bidang aeronautik dan penerbangan selaras dengan perkembangan teknologi dan industri semasa.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
Tel: 03 – 90513400 / Faks: 03 – 90514372


