Accessibility Tools

Image

Select your language

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menyediakan pendidikan komprehensif dalam bidang kejuruteraan mekanikal merangkumi aspek reka bentuk, pembuatan, tenaga dan sistem mekanikal. Penekanan diberikan kepada inovasi, penyelidikan serta aplikasi teknologi terkini bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global.

Image

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal merupakan salah satu jabatan utama di bawah Fakulti Kejuruteraan yang berperanan dalam melahirkan graduan kompeten, profesional dan berdaya saing dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai seramai dua puluh enam (26) staf akademik yang terdiri daripada profesor, profesor madya, pensyarah kanan dan pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang kejuruteraan mekanikal. Selain itu, jabatan ini turut disokong oleh enam (6) penolong jurutera serta seorang staf pentadbiran bagi memastikan pengurusan akademik, penyelenggaraan makmal dan operasi jabatan berjalan dengan lancar.

Image

Bagi memperkukuhkan bidang kepakaran dan pengurusan akademik, staf akademik jabatan ini dibahagikan kepada beberapa kluster utama seperti Mekanik dan Bahan, Termobendalir, Sistem dan Kawalan, Integrated Design Project (IDP), Industri dan Pengurusan, Projek Tahun Akhir (FYP), serta Makmal. Kluster-kluster ini memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi, pembangunan makmal serta kerjasama bersama industri dan agensi berkaitan.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
Tel: 03 – 90513400 / Faks: 03 – 90514372

HUBUNGI KAMI 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur 

  • dummy+06 03-9051 3400

  • dummy webmaster@upnm.edu.my

PELAWAT 

  • Hari Ini 0
  • Semalam 20
  • Minggu Ini 358
  • Bulan Ini 1392
  • Jumlah 2309
Image
Image
Image

Search