Accessibility Tools

Image

Select your language

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (JKEE)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menawarkan program yang memberi tumpuan kepada sistem elektrik, elektronik, komunikasi dan kawalan. Pelajar dilatih dengan kemahiran teknikal dan analitikal melalui penggunaan teknologi moden serta makmal canggih bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.

Image

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik merupakan salah satu jabatan utama di bawah Fakulti Kejuruteraan yang bertanggungjawab dalam melahirkan graduan berkualiti, kompeten dan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Jabatan ini mengendalikan Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian (ZK23) yang ditawarkan secara sepenuh masa dengan tempoh pengajian selama empat (4) tahun. Program ini direka bagi memenuhi keperluan semasa industri melalui penggabungan elemen teori, amali, penyelidikan serta latihan profesional.

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mempunyai seramai 43 orang staf yang terdiri daripada 36 staf akademik, seorang staf pentadbiran dan tujuh staf teknikal. Barisan akademik jabatan ini terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik bagi menyokong kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi.

Image

Bagi memperkukuhkan pengurusan akademik dan bidang kepakaran, staf akademik jabatan ini dibahagikan kepada lima kluster utama iaitu Kuasa, Komunikasi, Komputer, Nanoteknologi dan Bioinstrumentasi. Pembahagian kluster ini membantu dalam penyelarasan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pembangunan penyelidikan, inovasi teknologi, pembangunan makmal serta kerjasama bersama industri dan agensi berkaitan.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
Tel: 03 – 90513400 / Faks: 03 – 90514372

HUBUNGI KAMI 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur 

  • dummy+06 03-9051 3400

  • dummy webmaster@upnm.edu.my

PELAWAT 

  • Hari Ini 0
  • Semalam 20
  • Minggu Ini 358
  • Bulan Ini 1392
  • Jumlah 2309
Image
Image
Image

Search