Jabatan Kejuruteraan Awam di bawah Fakulti Kejuruteraan disokong oleh struktur organisasi akademik yang tersusun bagi memperkukuhkan aspek pengajaran, penyelidikan dan latihan profesional. Jabatan ini mempunyai seramai 27 orang staf yang terdiri daripada 20 staf akademik, seorang staf pentadbiran dan enam staf teknikal. Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian (ZK02) ditawarkan secara sepenuh masa dengan tempoh pengajian selama empat (4) tahun. Jabatan ini berperanan dalam memastikan pelaksanaan kurikulum, pembangunan akademik, penyelidikan serta kerjasama industri dapat dilaksanakan secara efektif selaras dengan keperluan semasa bidang kejuruteraan awam.

Bagi meningkatkan kepakaran serta pengurusan akademik, staf akademik Jabatan Kejuruteraan Awam dibahagikan kepada tujuh kluster utama iaitu Struktur dan Pengurusan Projek, Air dan Alam Sekitar, Geologi dan Geoteknik, Lebuhraya/Pengangkutan dan Geomatik, Integrated Design Project (IDP), Projek Tahun Akhir (FYP), serta Latihan Industri. Pembahagian kluster ini bertujuan untuk memperkukuhkan bidang kepakaran, menyelaras aktiviti akademik dan penyelidikan, serta menyokong pembangunan profesional pelajar secara menyeluruh sepanjang tempoh pengajian.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
Tel: 03 – 90513400 / Faks: 03 – 90514372


